Baca Selanjutnya Di: http://entry44.blogspot.com/2010/04/cara-membuat-link-berkedip-saat-kursor.html#ixzz1NzR3zzVK simfony jiwa

Translate

lagi nge-hop

Saturday, February 25, 2012

hal yang dilakukan untuk khusyuk sholat



Selamat pagi~ Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT karena masih lagi dipanjangkan umur kita sehingga hari ni. Semoga kita senantiasa berada dibawah berkat dan kasih sayang Allah SWT, ameen~


Makna-makna jiwa yang dapat menyempurnakan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam hal, yaitu hudur al-qalb(kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan), haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan), raja'(harap), dan haya'(malu).


Hudur al-qalb

Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan dan ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita ucapkan dan fikiran, kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya. Selama fikiran kita berpaling daripada selain keduanya dan dalam hati kita tidak ada selain ingatan terhadap apa yang sedang kita hadapi dan tidak ada sebarang kelalaian terhadap setiap sesuatu, maka tercapailah dengannya kehadiran hati. Faktor utama bagi kehadiran hati adalah himmah, iaitu minat, keinginan atau perhatian, kerana hati seseorang akan menjadi perhatiannya. Jika seseorang berminat pada sesuatu atau mengingini sesuatu atau menaroh perhatian pada sesuatu, maka hatinya akan hadir padanya, sama ada ia kehendaki atau tidak, sebab hati dijadikan bertabiat demikian.

Apabila hati kita tidak hadir dalam solat, maka ia tidak menganggur, tetapi berkeliaran ke berbagai macam urusan dunia yang diminati atau menjadi perhatian utamanya. Maka tidak ada cara untuk menghadirkan hati kita kepada solat, melainkan dengan memalingkan minat dan perhatian kita kepada solat. Minat atau perhatian kita tidak akan terpaling kepada solat selama belum jelas bahawa tujuan yang dicari bergantung kepadanya. Yang demikian adalah keimanan dan kepercayaan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia, dan bahawa solat merupakan sarana untuk mencapainya. Jika perkara ini didukung oleh hakikat pengetahuan tentang betapa tidak berharganya dunia dan betapa sedikit kepentingannya jika dibanding dengan akhirat, maka akan tercapailah daripada keseluruhannya kehadiran hati dalam solat.

Jika dengan sebab seperti ini, hati anda boleh hadir bila anda berada di hadapan orang besar atau raja yang tidak berkuasa menimpakan bahaya atau memberi manfaat kepada anda, dan tidak boleh hadir pada waktu anda bermunajat di hadapan Maha Diraja, Yang ditanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya, maka janganlah anda menyangka bahawa hal tersebut memiliki sebab lain selain daripada kelemahan iman.

Oleh sebab itu, berjuanglah anda untuk memperkuat keimanan anda yang lemah tersebut.

Tafahhum

Tafahhum atau memahami makna ucapan merupakan perkara di luar kehadiran hati. Boleh jadi hati hadir bersama lafaz yang diucapkan, tetapi tidak bersama makna lafaz tersebut. Kehadiran hati bersama pengertian tentang makna lafaz yang diucapkan inilah yang dimaksud dengan tafahhum.

Dalam kefahaman ini manusia berbeza-beza, kerana mereka tidak sama dalam memahami makna-makna yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan berbagai tasbih. Bahkan kefahaman seseorang itu sendiri berbeza dari semasa ke semasa. Berapa banyak makna-makna yang halus yang difahami oleh seseorang yang sedang menunaikan solat, padahal sebelumnya tidak pernah terlintas di dalam hatinya. Melalui kefahaman terhadap makna-makna yang terkandung di dalam bacaan inilah solat mencegah orang-orang yang menunaikannya daripada segala perkara yang keji dan mungkar. Faktor penyebab timbulnya tafahhum, setelah kehadiran hati, ialah sentiasa berfikir dan mengarahkan fikiran ke arah usaha untuk mengetahui dan memahami makna. Usaha menimbulkan tafahhum ialah dengan menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yang dibaca dan usaha menolak berbagai lintasan fikiran yang liar.

Cara menolak lintasan fikiran yang menyibukkan ialah dengan memutuskan atau memotong berbagai perkara yang boleh menjadi bahan pemikiran, yakni menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Jika perkara-perkara yang menjadi bahan fikiran itu tidak dilenyapkan, maka fikiran tidak akan dapat dipalingkan daripadanya. Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka ia pasti banyak mengingatinya, dan ingatan itu pula pasti akan melanda hatinya. Oleh sebab itu, maka kita melihat bahawa orang yang mencintai selain Allah, solatnya tidak akan terhidar daripada berbagai lintasan fikiran yang liar.

Ta'zim

Ta'zim juga merupakan perkara di luar kehadiran hati dan kefahaman, kerana seseorang mungkin mengatakan kepada hamba sahayanya perkataan-perkataan yang ia fahami maknanya dengan kehadiran hati, tetapi ia tidak mengagungkannya, ertinya tanpa ta'zim. Jadi ta'zim adalah tambahan ke atas keduanya. Ta'zim ini merupakan keadaan hati yang lahir daripada dua makrifat:

Pertama: Makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah, yang merupakan salah satu asas keimanan. Sesiapa yang tidak diyakini keagungannya, maka jiwa tidak mahu mengagungkannya.
Kedua: Makrifat akan kehinaan diri dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Daripada kedua makrifat tersebut lahirlah perasaan istikanah (yakni pasrah dan merendah diri), inkisar (lemah, tidak terdaya) dan khusyu' kepada Allah, yang diungkapkan dengan perkataan ta'zim. Selama kedua makrifat tersebut belum wujud, maka tidak akan timbul keadaan ta'zim dan khusyu'.

Seseorang yang merasakan kecukupan, tidak memerlukan pihak lain dan merasa aman atas dirinya mungkin mengetahui sifat-sifat keagungan pihak lain, tetapi pada dirinya tidak ada perasaan khusyu' dan ta'zim, kerana makrifatnya akan keagungan pihak lain tersebut tidak disertai oleh makrifat lain, iaitu makrifat kehinaan dirinya dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Haibah

Haibah adalah tambahan ke atas ta'zim, bahkan ia merupakan perasaan takut yang berpunca daripada ta'zim, kerana orang yang tidak takut tidak dapat dikatakan ha'ib. Perasaan takut kepada kala atau ular atau kejahatan seseorang atau yang seumpamanya daripada sebab-sebab yang hina tidak dinamakan haibah, kerana haibah adalah perasaan takut yang berpunca daripada sikap atau perasaan mengagungkan.

Haibah dan khawf adalah keadaan jiwa yang timbul daripada makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendaknya ke atas dirinya, dan pengetahuannya bahawa sekiranya Allah membinasakan seluruh manusia, yang dahulu maupun yang kemudian, maka yang demikian itu tidak akan mengurangi kerajaanNya sedikitpun juga. Yang demikian, di samping mengetahui akan segala yang berlaku ke atas para nabi dan para Wali, daripada berbagai musibah dan bermacam-macam ujian, meskipun Allah SWT Maha Kuasa untuk menolaknya. Berbeza dengan keadaan yang disaksikan daripada raja-raja dunia.

Kesimpulannya, semakin bertambah ilmunya tentang Allah, maka semakin bertambahlah rasa takut dan haibahnya kepadaNya.

Raja'

Raja' atau harap pula merupakan tambahan. Beberapa banyak orang yang mengagungkan seseorang raja yang ditakuti, kebaikannya. Seorang hamba adalah sudah selayaknya mengharapkan dengan solatnya ganjaran daripada Allah swt, sebagaimana ia takut bila mencuaikannya akan seksaanNya.

Faktor penyebab timbulnya raja' adalah makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat, keindahan ciptaan, dan pengetahuan akan kebenaran segala janji Allah swt., khususnya janji Syurga bagi orang-orang yang menunaikan solat. Jika telah wujud keyakinan akan kebenaran janjiNya dan pengetahuan akan kelembutanNya, maka timbullah raja.

Haya'
Haya' merupakan tambahan bagi semua perkara di atas, kerana ia timbul daripada perasaan melakukan kecuaian dan perasaan berdosa. Mungkin sahaja pada seseorang terdapat kesemua yang lain, yakni ta'zim, haibah, raja dan lain-lainnya, tetapi tidak ada padanya haya', kerana tidak ada padanya perasaan melakukan sebarang kecuaian ataupun melakukan sebarang perbuatan dosa.

Maka perasaan haya' ini hanya akan muncul dengan adanya perasaan kekurangan, atau kecuaian dalam ibadat, dan mengetahui akan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya. Dan perasaan tersebut menjadi lebih kuat lagi dengan mengetahui akan kecacatan diri, kekurangan ikhlasnya, keburukan batin dan kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yang segera dalam segala amal perbuatannya, di samping mengetahui akan besarnya konsekuensi yang dituntut kebesaran Allah, dan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala rahasia dan lintasan hati sehingga kepada yang sekecil-kecilnya. Semua pengetahuan ini jika telah diperoleh secara yakin, pasti akan menimbulkan suatu keadaan yang dinamakan haya'(malu).

Inilah sifat-sifat atau makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, dan faktor-faktor penyebabnya. Setiap perkara yang dituntut memperolehnya, maka caranya adalah dengan menghadirkan faktor penyebabnya. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, maka kita akan mengetahui cara mewujudkannya. Penghubung kesemua sebab-sebab tersebut adalah keimanan dan keyakinan. Kekhusyu'an hati adalah mengikut kadar keyakinan, dalam erti semakin tinggi kadar keyakinan seseorang, maka semakin tinggi pula kadar kekhusyu'annya.

Dengan melihat kepada perbezaan makna-makna yang telah disebutkan di dalam hati, maka manusia terbahagi kepada orang yang lalai yang menyempurnakan solatnya tanpa kehadiran hatinya, walau sesaatpun; dan orang yang menyempurnakan solatnya dan hatinya tidak lalai walaupun sesaat, seluruh perhatiannya tertumpu pada solatnya, sehingga ia tidak menyedari apa yang berlaku di hadapannya, bahkan ada sekumpulan manusia yang wajah mereka menjadi pucat dan sendi-sendinya menggeletar.

Bahagian tiap orang daripada solatnya adalah mengikut kadar kekhusyu'an, pengagungan, perasaan takut dan lain-lainnya daripada makna-makna tersebut, kerana yang menjadi tempat perhatian Allah swt adalah hati, bukan gerakan anggota badan yang nampak. Pada hari kiamat nanti, tidak ada yang selamat melainkan orang yang datang menemui Allah swt dengan hati yang selamat.

Usaha Menghadirkan Hati Dalam Solat
Seorang mukmin, di samping beriman, ia juga tidak terlepas daripada keadaan mengagungkan Allah swt, takut, menaruh harapan, dan merasa malu kepadaNya atas kecuaian dan kekurangannya. Meskipun kekuatan keadaan tersebut bergantung kepada kadar kekuatan keyakinannya, tetapi terlepasnya dirinya daripada keadaan tersebut dalam solat tidak mempunyai sebab lain selain daripada berpencarnya fikiran, bercawangnya lintasan, ketidak hadiran hati pada munajat dan kelalaian daripada solat.

Tidak ada yang melalaikan seseorang daripada solat selain lintasan-lintasan yang mendatang yang menyibukkan atau mengganggunya. Tidak ada cara untuk menghadirkan hati melainkan dengan jalan menolak atau mengusir lintasan-lintasan tersebut. Sesuatu tidak dapat ditolak atau diusir melainkan dengan menolak atau mengusir sebab-sebabnya. Oleh sebab itu, hendaklah ia mengetahui sebab-sebabnya. Sebab datangnya lintasan-lintasan tersebut sama ada merupakan perkara yang datang dari luar, atau pun perkara yang datang dari dalam dirinya sendiri.

Yang datang dari luar, sama ada yang mengetuk telinga atau nampak bagi penglihatan, yang meragut perhatian, sehingga mengikutnya dan hanyut terbawa olehnya, kemudian fikirannya pun terseret kepada perkara-perkara lainnya secara berantai. Penglihatan menjadi sebab pemikiran, kemudian sebahagian daripada pemikiran-pemikiran tersebut menjadi sebab bagi sebahagian yang lainnya. Orang yang kuat niatnya dan tinggi minat atau perhatiannya, segala yang berlaku pada pancainderanya tidak akan membuatnya lalai. Tetapi orang yang lemah, fikirannya pasti akan berpencar kerananya.

Mengatasinya adalah dengan memutuskan atau menghalang sebab-sebab tersebut dengan memejamkan penglihatan, solat di tempat yang gelap, tidak membiarkan sesuatu yang boleh menyibukkan perasaannya berada di hadapannya, solat dekat dinding agar tidak luas jarak penglihatan, dan menghindari solat di tepi atau menghadap ke jalan, atau solat di tempat-tempat yang penuh dengan perhiasan, atau diatas permaidani yang berwarna-warni, apalagi yang dilukis dengan bermacam-macam lukisan.

Oleh kerana itulah, maka para ahli ibadat beribadat di dalam ruangan yang kecil atau sempit, supaya lebih dapat menumpukan perhatian. Orang-orang yang kuat daripada kalangan mereka meghadiri masjid-masjid dan menundukkan pandangan dan tidak melampaui pandangan mereka dari tempat sujud. Mereka berpendapat bahawa daripada kesempurnaan solat adalah bahawa kita tidak mengetahui siapa di sebelah kanan dan kiri kita. Ibnu Umar r.a. tidak membiarkan di tempat solatnya ada sebarang mushaf atau pedang melainkan beliau menyingkirkannya, dan tidak ada sebarang tulisan melainkan beliau menghapusnya.

Adapun sebab-sebab batin yang datang dari dalam diri kita sendiri, maka ia lebih susah mengatasinya. Sesungguhnya orang yang memiliki obsesi yang bercabang-cabang di lembah-lembah dunia, fikirannya tidak tertumpu pada satu aspek sahaja, tetapi sentiasa berkeliaran dari satu aspek ke aspek lain, sehingga menundukkan atau memejamkan pandangan tidak lagi berguna baginya. Apa yang telah bersemayam di dalam hati sebelumnya telah cukup menyibukkannya.

Cara mengatasinya adalah dengan menarik jiwa secara paksa untuk memahami apa yang dibaca di dalam solat dan menyibukkannya dengannya sehingga melupakan yang lainnya. Perkara lain yang boleh membantunya ialah mempersiapkan diri sebelum takbirat al-ihram dengan memperbaharui ingatan akan akhirat, kedudukan munajat dan pentingnya berdiri di hadapan Allah swt Yang Maha Melihat, di samping mengkosongkan hatinya daripada hal yang boleh menarik perhatiannya sebelum takbiraat al-ihram.

Rasulullah saw bersabda kepada Usman Bin Talhah:

Maksudnya: "Aku lupa mengatakan kepadamu supaya engkau menutup periuk yang ada di rumah. Sesungguhnya tidak semestinya di dalam rumah ada sesuatu yang boleh melalaikan manusia daripada solatnya".


Ini merupakan salah satu cara menenangkan fikiran. Apabila gelora fikirannya tidak dapat ditenangkan dengan cara ini, maka tidak ada yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan menumpas atau mencabut materi penyakit dari akar umbinya, iaitu dengan melihat kepada perkara-perkara yang menghalang usaha menghadirkan hati. Tidak syak lagi bahawa yang demikian kembali kepada berbagai perkara yang diminati, yang telah menjadi perhatian utama bagi syahwatnya, maka ia menghukum jiwanya dengan melepaskan diri daripada syahwat-syahwat tersebut dan memutuskan berbagai ikatannya.

Setiap perkara yang melalaikan seseorang daripada solatnya membahayakan agamanya dan merupakan tentera Iblis, musuhnya; maka memegangnya lebih berbahaya daripada membuangnya. Oleh sebab itu, ia hanya dapat melepaskan dirinya daripadanya dengan membuangnya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah r.a. bahawa beliau berkata:

"Nabi SAW mempunyai khamisah (pakaian daripada wool yang padanya terdapat lukisan), maka baginda memberikannya kepada Abu Jahmah dan mengambil sebagai gantinya anbijaniyahnya (pakaian daripada wool yang paling kasar dan paling rendah mutunya). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, khamisah lebih baik daripada anbijaniyah.

Baginda saw bersabda: Aku melihat lukisannya dalam solat".
Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, tidak melalui Aisyah r.a.

Nasai dan Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:

"Bahawa Rasulullah saw mengambil sebentuk cincin dan memakainya. Kemudian baginda bersabda: Cincin ini, sejak hari ini, telah melalaikan aku daripada kamu, sekejap aku melihat kepadanya dan sekejap aku melihat kepadamu. Kemudian baginda membuangnya".
Diriwayatkan bahawa baginda saw telah memerintah menggantikan tali terompahnya dengan yang baru. Kemudian baginda saw tergerak hatinya untuk melihatnya dalam solatnya, kerana barunya. Maka baginda pun memerintahkan supaya menggantikannya dengan tali yang lama kembali.

Diriwayatkan bahawa Abu Talhah menunaikan solat di dalam kebunnya, maka tiba-tiba beliau tertarik dengan seekor binatang yang terbang di atas pokok mencari jalan keluar. Beliau mengikutinya dengan pandangannya, kemudiannya beliau terlupa berapa rakaat beliau telah solat? Beliau pun menceritakan fitnah yang terjadi pada dirinya kepada Rasulullah saw, dan beliau berkata: "Kebun itu aku sedekahkan, aturlah mengikut kehendak tuan hamba".
Demikianlah mereka bertindak untuk memutuskan hal yang menjadi bahan pemikiran, selain juga sebagai kesempurnaan solat. Itulah obat yang mujarab bagi penyakit tersebut dan tidak ada obat lainnya yang bermanfaat.

Adapun obat penenang dan ajakan memahami zikir yang dibaca, maka ia hanya bermanfaat untuk mengatasi syahwat yang lemah dan keinginan atau minat yang tidak menyibukkan kecuali pinggiran hati. Adapun syahwat yang kuat yang bergelora, obat penenang tidak berguna dan ia akan terus menariknya dan terus menarik anda, kemudian mengalahkan anda sehingga musnah seluruh solat anda dalam usaha tarik menarik. Walaupun demikian, anda tidak boleh meninggalkan mujahadah atau berhenti berusaha untuk mengembalikan hati kepada solat dan mengurangi sebab-sebab yang melalaikan.

Itulah obat yang pahit, dan kerana pahitnya dianggap buruk oleh tabiat, sehingga penyakit yang ada menjadi kronik dan sukar disembuhkan.

Dipetik daripada buku Pejalanan Rabbani, Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat karangan Prof Madya Dr Musa bin Fathullah Harun

Click Me~ Click Me~

Friday, February 24, 2012

Bruce Lee ialah seorang tokoh didalam dunia seni mempertahankan diri. Suatu hari seorang lelaki bertemu denganya dan berkata
“Ajarkan aku semua ilmu mempertahankan diri yang ada padamu kepadaku”

Lalu Bruce Lee mengambil dua bekas yang berisi air dan berkata,

”Bekas yang pertama mewakili ilmu yang ada pada diriku dan bekas yang kedua mewakili ilmu pada dirimu. Jika kamu mahu memenuhi bekas kamu ini dengan semua ilmuku, maka perkara pertama yang perlu kamu lakukan ialah kamu perlu mengosongkan bekas kamu sebelum ilmu yang lain diisi.”

Maksudnya di atas adalah, sebelum kita bertanya ‘APAKAH TUJUAN HIDUPKU?’ kepada diri kita sendiri, maka hal pertama yang perlu kita lakukan ialah dengan mengosongkan mind dan hati kita dengan prasangka-pransangka salah yang memenuhi mind selama ini mengenai kehidupan seperti,

“Aku hidup tanpa tujuan”
“Aku dihidupkan untuk menikmati segala keindahan dunia”
“Mungkin aku hidup untuk membayar semula hutang pada kehidupan yang lalu”

Setelah mind kita kosong dengan prasangka-prasangka yang belum tentu benar, barulah kita boleh menoleh sejenak kedalam diri dan bertanya selama 20 menit untuk dua pertanyaan berikut:

“benarkah aku hidup dengan mempunyai satu tujuan?” dan
“apakah tujuan itu?”

Bagi umat Islam, kita wajib percaya bahwa Allah mencipta manusia dengan tujuan tertentu. Allah berkata didalam Al-Qur'an surah al Mukminun ayat 115 Allah menyatakan,“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

bukti kucing tiada najis dalam segi Islam

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, teryata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahwa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahwa kucing tidak menjadi najis kepada manusia Jawabannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria. Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahwa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing mengikut perbagai perbedaan usia, posisi kulit, punggung, bagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bagian-bagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penelitian. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempnyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergerak dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor hewan di klinik hewan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahwa kucing mempunyai alat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air karena air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

--Indahnya menjadi umat Nabi Muhammad SAW-- — bersama Tetet Sutardjo dan 4 lainnya.

Refresh HATI


Bila kita memulaikan sesuatu kadang-kadang kita lupa letakkan NIAT, lupa baca BASMALLAH. Sebab itu bila ada masalah kita cepat menyerah.

Bila kita berniat, kadang-kadang kita lupa letakkan USAHA, tunggu diSEGERAKAN baru hendak mengolah. Sebab itu bila kerja tak menjadi maksimal, kadangkala angkat kaki.

Bila kita berusaha, kadang-kadang lupa hendak BERDOA, siang malam keluarkan tenaga dan waktu. Sebab itu bila kerja masih tak sempurna dan mudah putus asa.

Bila kita berniat berusaha dan berdoa, kadang-kadang kita lupa untuk bertawakkal kepada Yang Esa. Bertawakkal pun pada bicara tetapi di hati masih BUTA. Sebab itu bila dilanda masalah kita cenderung marah tak tentu arah.

Bila kita berniat berusaha berdia dan bertawakkal, kadang-kadang kita tetap ALPA. Hendak sebut HAMDALLAH pun susah. Berdia pun sekali sekala, bersyukur cuma sebentar. Sebab itu bila kita sukses lalu ALlah datangkan ujian dan musibah supaya kita ingat dan kembali ke jalan yang ridho. Tetapi kita kecewa sampau mencri jalan yang termudah, membenci diri.

Kita manusia ciptaan ALlah SWT. Bernafas di udara yang sama. Bila lemah ALlah itu ada, bila derita ALlah itu bersama. Senang, susah, sedih, gembira. Allah takkan lupa pada langkah kita. Tapi sememangnya lahiriah kita, kadang-kadang lebih suka DIPUJI. Sebab itu kita jarang MEMUJI Yang Maha Terpuji. Kadang-kadang lebih suka DICINTAI. Sebab itu kita lupa MENCINTAI Yang Maha Mencintai. Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri, tapi lupa Allah sedang MEMPERHATIKAN. Sebab itu teruskanlah BERMUSAHABAH pada Pencipta, karena dalam firman Allah Surah Ar-Ra'd:11.

Cobalah, pada masalah harus bersabar dan ridho. Pada ujian harus tabah dan teguh. Pada kegagalan harus usaha doa dan tawakkal. Pada kesuksesan di dunia bukan pengukur kesuksesan di akhirat. Kekayaan harta di dunia bukan pengukur kebahagiaan di akhirat. Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di akhirat. Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di akhirat. Di sana itulah yang perlu kita kejar. Agar dunia mengikuti dengan ridha. DI sanalah akhirat yang pasti. surga yang terindah atau neraka yang menyala! Salam ukhuwah fillah.

memperindah QOLBU

Seseorang yang memiliki HATI SEHAT tak ubahnya memiliki tubuh yang sehat. Akan berfungsi optimal. Ia dapat mengenal Allah Azza wa Jalla dengan baik.

Semakin bersih hati, hidupnya akan selalu dipenuhi rasa syukur. Dikaruniai sesuatu yang sedikit tidak akan mengeluh. Mendapat banyak tidak akan ujub dan takabur, sebaliknya akan tersungkur bersujud. Semakin tinggi pangkatnya, akan membuatnya semakin rendah hati. Kian melimpah hartanya, ia akan kian dermawan. Karena ia menyadari, bahwa semua yang ada adalah titipan Allah semata. Bila tidak dinafkahkan di jalan Allah pasti Allah akan mengambilnya jika DIA berkehendak.

Seperti saat Nabi Sulaiman AS saat dianugerahkan Allah berbagai kelebihan, .."Haadza min fadhli Rabbii, liyabluwaniii a-asyukuru am akfuru. [Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmatNya)] An-Naml:40]

Sewaktu-waktu Allah akan menimpakan ujian dan bala. Bagi orang yang hatinya bersih, semua itu tidak akan terasa nikmatnya. Ujian yang menimpa justru benar-benar akan membuatnya kian merasakan indahnya hidup ini. Karena orang yang mengenal Allah dengan baik berkat hati yang bersih, akan merasa yakin bahwa ujian adalah salah 1 bentuk kasih sayangNya.

Dengan ujian akan menjadikannya bertambah iman, ilmu, ganjaran, bertambah derajad kemuliaan dihadapan ALlah sehingga ia tidak pernah resah, kecewa, tidak ada putus asa, tidak ada keluh kesah berkepanjangan. Karena menyadari bahwa ujian merupakan bagian yang harus disyukuri dalam hidup ini. Yang ada hanya kejernihan dan keindahan hati. Ia amat yakin dengan janji Allah SWT,"Laa yukalifullohu nafsan ilaa wus'ahaa.[Allah tida akan membebani seseorang, kecuali sesuai dengan kesanggupannya.] Al-Baqarah:282.

SubhanAllah, sungguh amat beruntung yang senantiasa berikhtiar dengan sekuat-kuatnya memperindah QOLBUnya. Ikhlas menerima dan menghadapi musibah, sehingga tergapai mutiara hikmah.

.:.mari jadi orang bijak.:.

Thursday, February 16, 2012

menyiasati kesalahan akan keyakinan yang keliru

Sejak lahir sampai mati kita akan mengalami suatu PERUBAHAN. Terkadang suatu perubahan itu adalah suatu kemajuan yang drastis atau bisa jadi kemunduran yang menjerumuskan. Ketika kita mengalami perubahan kemajuan cenderung merasa senang dan hidup terasa indah. Dan ketika perubahan yang membuat mundur kita merasa sedih, putus asa dan hidup bagaikan jalan buntu. Padahal sudah sunatullah bahwa manusia akan mengalami peristiwa yang tidak menyenangkan lebih banyak daripada peristiwa yang menyenangkan.

Penelitian Dr. Beck, menyimpulkan bahwa dengan memperbaiki keyakinan-keyakinan yang salah, kita dapat mengurangi atau mengubah reaksi kita terhadap suatu peristiwa. Dia menyusun tiga prinsip:

  1. Seluruh suasana hati anda dibentuk oleh pikiran. Anda merasakan apa yang anda kerjakan saat ini disebabkan pikiran yang anda miliki sekarang.
  2. Ketika anda merasa tertekan, ini disebabkan karena pikiran-pikiran anda didominasi oleh suatu pikiran negatif yang merajalela. Yang lebih buruk adalah anda akan mulai mempercayai bahwa segalanya benar-benar seburuk yang anda bayangkan.
  3. Pikiran-pikiran negatif selalu mengandung berbagai penyimpangan yang mencolok. Pikiran yang berbelit-belit merupakan penyebab utama bagi hampir semua penderitaan anda.

Thursday, February 2, 2012

perbincangan si "AKAL" dan "HATI" berkenaan dengan KASIH dan CINTA


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta

Akal : Assalamu'alaikum, sahabat
Hati: Wa'alaikumussalama
Akal : Apa kabar IMAN anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa kabar IMAN anda?
Hati : mungkin kurang sehat
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku
Akal : dia yang mana, sahabatku?
Hati : kedua dia, dia yang hakiki, juga yang entah ke mana akhirnya.
Akal : tidak mengapa, itukan fitrah manusia
hati : tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku resah. pikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia
Akal : cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya itu kan yang lebih utama..
Hati : Tapi..aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya karena Allah. Kami saling menasehati kepada kebaikan. Aku mau mengejar surga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang
Akal : Bagiku cinta itu gila
Hati : Mengapa begitu?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan segera mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, secepat mungkin kita usahakan. Bila ada yang lain mendekati, bergolak rasa cemburu, apa kau merasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang saya rasakan.
Akal : Apa kau tahu apa itu ibadah?
Hati : Orang berkata ibadag adalah taat dan patuh
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta
Hati : Bagaimana bisa?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi.

Hati : Jadi, apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Pikirkan, kalau kau benar mencintai dia karena Allah, apa kau sudah mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya 40 x setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati.
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya karena apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu merasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk.

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu karena ALlah. Sedangkan kau mengabaikan DIA ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekerlip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain waktu. Barangkali Allah memeberikan hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala.

Akal : cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu karena Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisa hambanya. Allah mau kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis, sepi..kesal!

Semoga bermanfaat!
.:.mari jadi orang bijak.:.

Wednesday, February 1, 2012

ciri-ciri ta'aruf Islami

Bagaimanakah ciri – ciri  ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:

1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawaban yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.


2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak


3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya,   dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya..  Namun ingat, pihak lelaki  jangan datang seorang diri,  untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.


5.Keluarga pihak lelaki  mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki  ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.


6.Menentukan Waktu Khitbah
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan,  juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan  waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.


7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.


Semoga dengan menjalankan ciri – ciri  ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.

Friday, January 6, 2012

Hal-hal terkait menikah

Setiap orang yang memasuki pintu gerbang kehidupan berkeluarga melalui perkawinan, tentu berharap tercipta suatu keluarga atau rumah tangga yang bahagia sejahtera lahir dan batin serta memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat.

Agar tercipta cita-cita dan tujuan keluarga dan masyarakat yang rukun, damai serta adil makmur material dan spiritual, maka pasangan suami istri(pasutri) yang memegang peranan utama dalam mewujudkan keluarga bahagia sejahtera perlu meningkatkan pengetahuan dan pengertian tentang bagaimana membina kehidupan keluarga sesuai dengan tuntunan agama dan ketentuan hidup bermasyarakat. Diharapkan setiap anggota keluarga khususnya pasutri mampu menciptakan stabilitas kehidupan rumah tangga yang penuh dengan ketentraman dan kedamaian.
  • Membina, maksudnya di sini adalah segala upaya pengelolaan atau penanganan berupa; merintis, meletakkan dasar, melatih, membiasakan, memelihara, mencegah, mengawasi, menyantuni, mengarahkan serta mengembangkan kemampuan pasutri untuk mencapai tujuan mewujudkan keluarga bahagia sejahtera dengan mengadakan dan menggunakan segala dana dan daya yang dimiliki.
  • Keluarga, maksudnya ialah masyarakat terkecil sekurang-kurangnya terdiri dari pasutri sebagai sumber intinya berikut anak-anak yang lahir dari mereka. Jadi setidak-tidaknya keluarga adalah pasutri, baik mempunyai anak atau tidak sama sekali. Keluarga yang dimaksud ialah suami istri yang terbentuk melalui perkawinan. Hidup bersama dari seorang pria dan seorang wanita tidak dapat dinamakan keluarga jika keduanya tidak diikat oleh perkawinan. Karena itu, perkawinan diperlukan untuk membentuk keluarga.
  • Bahagia, adalah rasa tentram, aman dan damai. Seseorang akan merasakan bahagia apabila terpenuhi unsur-unsur tersebut di dalam kehidupannya. Sebaliknya, apabila hanya sebagian akan timbul rasa kecewa, resah dan gelisah. Jika tidak terpenuhi semua maka orang mudah sekali menjadi putus asa, dan tidak jarang yang mengambil jalan pintas dengan cara bunuh diri.
·       Sejahtera, adalah suatu keadaan lahiriyah yang diperoleh dalam kehidupan duniawiyah yang meliputi; kesehatan, sandang, pangan, papan, keguyuban, perlindungan hak asasi, dsb. Seseorang yang sejahtera hidupnya adalah orang yang terpelihara kesehatannya, cukup sandang, pangan dan papannya, diterima dalam pergaulan masyarakat yang beradab, serta hak asasinya terlindungi oleh norma agama, norma hukum dan norma susila.
·       Kekal, adalah suatu kelangsungan hubungan pasutri yang selalu diliputi saling kasih sayang, saling pengertian, dan setia sehingga pasutri secara lahiriyah tidak menjadi putus, kecuali dari salah satu meninggal dunia, sedangkan batiniyahnya tetap merupakan pasangan yang berbahagia dunia dan akhirat.

Hak dan kewajiban suami istri
Menurut UU No. 1 tahun 1974 tentang perkawinan tercantum pada pasal 30 dan 31 adalah:
Dalam pasal 30 dinyatakan bahwa suami istri memikul kewajiban yang luhur untuk menegakkan rumah tangga yang menjadi sendi dasar dari susunan masyarakat.
Kemudian pasal 31 dinyatakan:
1.    Hak dan kedudukan istri adalah seimbang dengan hak dan kedudukan suami dalam kehidupan dan pergaulan hidup bersama dalam masyarakat
2.    Masing-masing pihak berhak untuk melakukan perbuatan hukum
3.    Suami adalah kepala keluarga dan istri ibu rumah tangga
Mengenai kewajiban saling CINTA MENCINTAI, hormat menghormati, setia dan memberi bantuan lahir batin yang satu kepada yang lain.
Dalam pasal 34 dinyatakan:
  1. suami wajib melindungi istrinya dan memberikan segala sesuatu keperluan hidup berumah tangga sesuai dengan kemampuannya
  2. istri wajib mengatur urusan rumah tangga sebaik-baiknya
  3. jika suami atau istri melalaikan kewajibannya masing-masing dapat mengajukan gugatan kepada Pengadilan.
Mengenai rumah tinggal sebagai tempat kediaman suami istri dijelaskan dalam pasal 32 sbb:
  1. suami istri harus mempunyai tempat kediaman yang tetap
  2. rumah tempat kediaman yang dimaksud dalam ayat (1) pasal ini ditentukan oleh suami istri bersama
Dalam Islam hak dan kewajiban suami istri adalah:
  1. Hak Istri *hak mengenai harta yaitu mahar atau mas kawin dan nafkah *hak mendapat perlakuan baik dari suami. Firman Allah dalam surat An-Nisa:19 "Dan bergaulah dengan mereka (istri) dengan cara yang patut, kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." *Agar suami menjaga dan memelihara istrinya (menjaga kehormatan istrinya, tidak menyia-nyiakan dan menjaganya agar selalu melaksanakan perintah Allah dan menghentikan segala yang dilarang Allah.
  2. Hak Suami *istri hendaklah taat kepada suami dalam melaksanakan urusan-urusan rumah tangga, selama suami menjalankan ketentuan-ketentuan Allah yang berhubungan dengan kehidupan suami istri *mengurus dan menjaga rumah tangga suami, termasuk didalamnya memelihara anak.
  3. Hak bersama suami istri *halalnya pergaulan sebagai suami istri, dan kesempatan saling menikmati atas dasar kerjasama dan saling memerlukan *sucinya hubungan perbesanan *berlaku hak pusaka mempusakai, apabila salah satu pihak pasutru meninggal maka salah satu berhak mewarisi walaupun keduanya belum bercampur *perlakuan dan pergaulan yang baik
  4. Kewajiban Istri, Nabi Muhammad SAW bersabda,"wanita yang terbaik ialah wanita yang menarik hatimu bila kau pandang dan taat bila kau perintah, dan tahu menjaga kehormatannya bila kau sedang pergi dan berhati-hati menjaga hartamu." Maksud hadits tersebut demikian: *istri yang baik harus dapat melayani apa yang menjadi kesenangan suaminya, rajin merawat dirinya dan mengatur rumah, sehingga suasana rumah tangga menyegarkan pandangan dan menyenangkan suami, dan suami tidak merasa perlu untuk mencari hiburan keluar. *Anggaplah suami sebagai orang yang perlu dihormati, karena dia adalah orang yang melindungi keluarga dan telah bersusah payah, bekerja keras mencari nafkah, demi memenuhi kebutuhan keluarga. Oleh karena itu, hormatilah suami dengan penuh kesetiaan. *Bersikaplah lemah lembut dan sopan santun, jangan suka bermuka masam, kerjakanlah urusan rumah tangga dengan penuh rasa tanggung jawab dan keikhlasan. *Perlu menerima dengan ikhlas hasil usaha suami, jangan sekali-kali meminta barang yang sekiranya suami belum mampu memenuhinya, jangan memboroskan nafkah yang diberikan oleh suami dan pandai mencukupkan nikmat yang ada(qonaah). *bila suami sedang pergi jangan berbuat hal-hal yang mencurigakan misal  pergi sampai larut malam tanpa alasan, menerima tamu laki-laki di luar batas kesopanan, dsb. *bila sudah mempunyai anak pandailah membagi wkatu, jangan sampai mengurangi pelayanan terhadap suami, disinilah letak kebijaksanaan seorang istri yang bijaksana. *bila suami sering berbuat salah, carilah waktu yang baik untuk memperingatkannya dengan cara yang halus sehingga suami tidak merasa tersinggung karenanya.
  5. Kewajiban suami *memelihara, memimpin dan membimbing keluarga lahir dan batin, serta menjaga dan bertanggung jawab atas keselamatan dan kesejahteraan *memberi nafkah sesuai dengan kemampuan serta mengusahakan keperluan keluarga tertuma sandang, pangan papan. *membantu tugas-tugas istri tertutama dalam hal memelihara dan mendidik anak dengan penuh rasa tanggung jawab *memberi kebebasan berpikir dan bertindak kepada istri sesuai dengan ajaran agama, tidak mempersulit apalagi membuat istilah menderita lahir dan batin yang dapat mendorong istri berbuat salah *dapat mengatasi keadaan, mencari penyelesaian secara bijaksana dan tidak berbuat sewenang-wenang. Dalam Al-Qur'an surat An-Nisa:34 disebutkan,"Laki-laki itu menjadi pemimpin bagi wanita dari yang lain, dan karena laki-laki (suami) itu telah menafkahkan sebagian dari hartanya." Maksud dari ayat tersbut dapat disimpulkan: *suami sebagai tulang punggung yang memimpin rumah tangga, menjaga keselamatan dan keamanan keluarga, bertanggung jawab untu mendidik keluarganya, sehingga mencerminkan keluarga muslim yang taat kepada Agamanya. *suami bertanggung jawab untuk memberi nafkah yang halal guna mencukupi sandang pangan, perumahan dan kebutuhan lainnya, demi kesejahteraan keluarga menurut kadar kemampuannya. Anggaplah bahwa istru teman hidup yang paling akrab dan bersama suami dapat diumpamakan laksana dua jiwa satu hati dalam membangun rumah tangga. Binalah kasih sayang sekuat mungkin!
  6. Kewajiban bersama suami istri *saling menghormati ortu dan keluarga belah pihak *memupuk rasa cinta dan kasih sayang *hormat menghormati, sopan santun, penuh pengertian serta bergaul dengan baik *matang dalam berbuat, berfikir serta tidak bersikap emosional dalam memecahkan persoalan yang dihadapi *memelihara kepercayaan dan tidak saling membuka rahasia pribadi *sabar dan rela atas kekurangan-kekurangan dan kelemahan masing-masing
Semoga bermanfaat!

Friday, December 23, 2011

rapuhnya anak yang terkena aniaya

Penganiayaan anak didefinisikan sebagai "tingkah laku terhadap orang lain, yang (1) di luar tingkah laku, dan (2)membawa resiko yang besar, yang menyebabkan kehancuran fisik dan emosi [NRC, 1993:59].

Pengertian penyiksaan secara umum adalah perbuatan kekuasaan terhadap orang lain dan bahwa penyiksaan fisik dapat mengakibatkan kerusakan dan membahayakan fisik.

Kasus:
Saya sering dipukul ayah hanya karena masalah sepele, di mana saya lupa mengangkat jemuran. Saya dipukul dengan ikat pinggang, ditendang, disodok, sampai berdarah. Tetangga saya melihat kejadian ini, kemudian menolong saya, dan mengantar saya ke Puskesmas terdekat. Tidak soal betapa buruknya ayah saya memukul saya, saya akan selalu menyintainya. [Anak umur 14 tahun]

Lima faktor yang mempercepat penyiksaan anak menurut Kempe & Kempe [1978; 2-24]
  1. Penyiksaan ringan, penyiksaan sering dalam bentuk kekurangan gizi pada anak oleh orang tua mereka.
  2. Harapan-harapan yang tidak realistis, orang tua mengharapkan begitu banyak dari mereka sendiri dan anak-anaknya.
  3. Persepsi-persepsi, seorang anak dilihat sebagai tidak mendatangkan sayang, mengecewakan dan ditargetkan untuk penyiksaan.
  4. Kurangnya dukungan, keluarga yang diisolasi oleh masyarakat dan kurangnya sistem dukungan.
  5. Krisis bahkan yang ringan pun akan dipakai untuk memicu penyiksaan.
**Penyiksaan fisik berupa: pukulan, luka ringan, luka bakar, luka patah tulang, tidak diberi makan,obat-obatan terlarang/alkohol/obat-obat gelap.

**Penyiksaan emosional berupa: hukuman dengan menakuti, mengejek/merendahkan martabat/mencemarkan nama baik, ancaman untuk dibuang,

**Penyiksaan seksual

Tuesday, November 29, 2011

gimana sih merencanakan citra diri?

Yang membuatku resah, apakah itu jiwaku yang mencoba bebas,
atakah jiwa dari dunia luar
yang mengetuk pintu hatiku
untuk masuk? [Rabindranath Tagore]


Untuk bisa merencakan diri ikutin tes berikut, dan isi sesuai kata nuranimu masing-masing.
  1. Citra dirimu, di matamu sendiri, seperti apa?
  2. Citra diri seperti apa yang kamu inginkan?
  3. Hal-hal apa yang kamu kerjakan untuk memperoleh suatu citra (mungkin hal-hal yang sebenarnya kurang suka kamu lakukan):
  4. Menurutmu, apa saja yang kamu bisa kerjakan sendiri, supaya pikiran, perasaan, dan anggapanmu tentang dirimu sendiri menjadi lebih baik?

Saturday, November 26, 2011

Contoh Surat Lamaran Kerja Terbaru

Contoh Surat Lamaran Kerja Terbaru, Adalah hal yang sangat diperlukan Oleh setiap Orang yang Baru saja lulus Kuliah dan ingin mencari kerja,Apa lagi Bagi yang baru pertama kali melamar Kerja mudah-mudahan Contoh surat lamaran kerja terbaru berikut ini Akan membantu Anda sehingga Diterima bekerja ditempat yang anda inginkan :
Hal : Lamaran Pekerjaan

Kepada Yth.,
Manajer ilmuini
PT. Ilmuini Group
Jl. Maha Raja Indra No. 5
Cibinong


Dengan hormat,

Bpk.muhammad yasri, seorang asisten editor di PT. ilmuini Group, menginformasikan kepada saya tentang rencana pengembangan Departemen Finansial PT. ilmuini Group.
Sehubungan dengan hal tersebut, perkenankan saya mengajukan diri (melamar kerja) untuk bergabung dalam rencana pengembangan PT. ilmuini Group.

Mengenai diri saya, dapat saya jelaskan sebagai berikut :

Nama                                  : Edi khuswanto
Tempat & tgl. lahir       : selatpanjang, 18 Agustus 1982
Pendidikan Akhir                  : Sarjana Akuntansi UNRI - Riau
Alamat                                :  Perum Kalapa tiga, rt.02/rw.03 No.3, Cibinong 16913
Telepon, HP, e-mail           : 021 - 87903802, HP = 0817 9854 203, e-mail = limano15@gmail.com
Status Perkawinan                : Menikah.

Saat ini saya bekerja di PT. Flamboyan Bumi Singo, sebagai staf akuntasi dan perpajakan, dengan fokus utama pekerjaan di bidang finance dan perpajakan.

Sebagai bahan pertimbangan, saya lampirkan :

1. Daftar Riwayat Hidup.
2. Foto copy ijazah S-1.
3. Foto copy sertifikat kursus/pelatihan.
4. Pas foto terbaru.

Besar harapan saya untuk diberi kesempatan wawancara, dan dapat menjelaskan lebih mendalam mengenai diri saya. Seperti yang tersirat di resume (riwayat hidup), saya mempunyai latar belakang pendidikan, pengalaman potensi dan seorang pekerja keras.

Demikian saya sampaikan. Terima kasih atas perhatian Bapak.

Hormat saya,
Edi khuswanto
Contoh surat lamaran kerja diatas Saya rasa sudah cukup bagi anda yangi ingin membuatnya,Namun jika Anda masih ingin mencari lebih banyak Lagi Contoh surat lamaran Kerja Terbaru,silahkan saja Reques Pada kolom komentar,semoga membantu.

Contoh Surat Kuasa


Namun pada dasarnya Surat Kuasa memiliki Kaidah Penulisan yang sama Tinggal kita aplikasikan Saja Ke Surat kuasa Yang akan kita Buat, Berikut Konsep Contoh surat kuasa yang Bisa anda jadikan Patokan dalam membuat surat Kuasa Diatas
Yang bertanda tangan di bawah ini
Nama : ( nama pemberi kuasa)
Pekerjaan : (pekerjaan pemberi kuasa)
Alamat : (alamat pemberi kuasa)
Dalam hal ini bertindak atas jabatanya tersebut berdasarkan ( sk pengangkatan) dengan demikian sah mewakili ( organisasi, perusahaan), menerangkan bahwa dengan ini memberi kuasa kepada :
(daftar nama lengkap yang diberikan kuasa )
untuk dan atas nama Pemberi Kuasa dengan demikian mewakili (sebutkan untuk hal apa kuasa tersebut diberikan dan untuk tujuan apa)
Demikian surat kuasa ini dibuat untuk digunakan sebagaimana mestinya.
September,_________2011
Penerima Kuasa Pemberi Kuasa



(______________) (_______________)

 Demikian Contoh surat kuasa yang bisa anda Gunakan, Namun jika anda ingin Mendownload Contoh surat kuasa yang lebih Lengkap lagi, Admin akan membagikanya untuk anda,silahkan saja klik Link download dibawah ini:


follow

Followers

My Blog List