1. seorang pemuda yang beriman dengan agamanya.
- Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
- Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
- Yang sentiasa haus dengan ilmu…
- Yang sentiasa dahaga akan pahala…
- Yang solatnya adalah maruah dirinya…
- Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
- Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
- Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
2. Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
- Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
- Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
- Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
- Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh -yang bersifat jembalang…
- Lelaki yang menghormati ibunya…
- Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
- Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
- Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
3. Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
- Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
- Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
- Yang menjaga matanya dari berbelanja…
- Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
4. Tidak pernah membazirkan masa…
- Matanya kepenatan kerana penat membaca…
- Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
- Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
- Bangunnya subuh penuh kecergasan…
- Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
5. Sentiasa mengingati mati…
- Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
- Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
- Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
- Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
- Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
No comments:
Post a Comment